EDMODO merupakan satu aplikasi atas talian bagi menghubungkan guru, murid dan ibu bapa. Guru menyediakan tugasan kepada para murid dan murid dikehendaki menyiapkan tugasan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Ibu bapa pula boleh memantau aktiviti pelajaran yang dilakukan oleh anak-anak mereka melaluinya.
Berikut merupakan serba sedikit perkongsian tentang aplikasi edmodo :
1) Search edmodo di laman sesawang
2) Sign up edmodo untuk pengguna baru
3) Komunikasi antara guru dan murid dalam edmodo.
4) Tugasan yang disediakan oleh guru beserta tarikh yang perlu murid hantar (submit) tugasan di butang turn in.
5) Ini merupakan kod yang perlu ibu bapa gunakan untuk memantau aktiviti anak-anak mereka dalam edmodo. Setiap log in daripada seorang murid akan menghasilkan satu kod untuk ibu bapa.
Friday, 26 December 2014
TUGASAN EDMODO
SOALAN :
Mesti seronok baru balik dari Bandung/Brunei ya.... ! Jauh perjalanan luas pengalaman ..
Cerita tentang maklumat / laporan berkenaan aktiviti yang telah dilakukan termasuklah :
1) kelas edmodo anda jumlah murid yang ada , aktiviti yang telah dibuat
2) perkenalan / perbincangan anda dengan rakan guru ( luar negara ) dalam community computer technology
3) Pengalaman paling menarik di Bandung/Brunei - yang mencuit hati / yang menginsafkan / yang menarik / yang mendebarkan ( tunjukkn gambar sebagai bukti)
4) pengalaman di Bandung/Brunei yang boleh dimanfaatkan dalam konteks Teknologi Pendidikan Islam
Laporan ini boleh dihantar dalam apa juga aplikasi, yang penting menarik / jelas / kreatif / ada bahan bukti.

Tugasan Edmodo from diknor
TUGASAN EDMODO from diknor
Thursday, 25 December 2014
TUGASAN TERAKHIR
SOALAN:
Penggunaan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran telah menjadi semakin signifikan kerana
keberkesanannya dalam mempertingkatkan pembelajaran murid. Selaku seorang guru,
anda dikehendaki untuk menyediakan bahan bantu pembelajaran dan pengajaran
berasaskan komputer. Sediakan bahan pembelajaran dan pengajaran anda dengan mengambil kira elemen- elemen berikut:
-
Pemaparan
konsep yang mudah difahami
-
Penggunaan
multimedia yang berkesan
-
Penguasaan
isi kandungan yang baik
-
Rekabentuk
bahan yang menarik
Pilih satu
tajuk berkaitan dengan isu-isu dalam
pembelajarna dan pengajaran dalam bilik darjah untuk penghasilan bahan bantu pembelajaran dan
pengajaran anda
1.
Sub Tajuk : Perkara yang membatalkan iman.
(Akidah
Tingkatan 4 )
Isu : Murid keliru dan sukar untuk mengingat dan membezakan maksud serta contoh perkara-perkara membatalkan iman khurafat , syirik, kufur, munafik, sihir dan riddah. Isitilah yang jarang didengar dan contoh-contoh yang kurang jelas menyebabkan murid tidak menjawab soalan berkaitan tajuk dengan tepat ( Lampiran 1)

2.
Sub Tajuk : Bidang Ilmu Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
(
Tamadun Islam Tingkatan 5 )
Isu : murid tidak dapat mengingat dengan baik maklumat-maklumat berhubung dengan tokoh dan penemuan / pembaharuan yang dicapai oleh tokoh tersebut Bidang ilmu yang banyak dengan tokoh-tokoh yang mempunyai nama yang unik serta contoh-contoh penemuan dan pembaharuan yang pelbagai menyebabkan murid sukar untuk mengingat dengan baik.

- dibawah ini merupakan slide BBM yang kami telah hasilkan berdasarkan tajuk "bidang ilmu pada zaman Abbasiyyah".
Bidang ilmu pada zaman abbasiyah from diknor
- manakala dibawah ini pula merupakan BBM yang kami telah hasilkan berdasarkan tajuk "perkara yang membatalkan iman".
Thursday, 18 December 2014
CONTOH RESUME
Ini merupakan tugasan kami. kami perlu menghasilkan resume dalam bentuk power point. kami harap tugasan ini dapat membantu kalian dalam menghasilkan resume yang menarik.
Wednesday, 3 December 2014
TEMU BUAL GURU PENDIDIKAN ISLAM
Kami telah menemu bual dua orang guru pendidikan Islam daripada sekolah rendah dan menengah mengenai bab yang sukar diajar dalam subjek tersebut. kami perlu mengenalpasti bab atau tajuk yang sukar diajar dan kami perlu membantu mereka dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang sesuai.
NAMA : USTAZAH JAMALIAH BT MOHD SAID
JAWATAN : GURU PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH MENENGAH
SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN LABUAN
PENGALAMAN MENGAJAR : TUJUH TAHUN
BAB YANG SUKAR DIAJAR : BAB IBADAT,
SIRAH DAN AKIDAH
BIL
|
BAB / TAJUK
|
MASALAH
|
PENYELESAIAN
|
1
|
Sirah : Tajuk Bilal bin Rabbah
|
Guru sukar mencari bahan set induksi yang menarik bagi tajuk ini.
|
Kami menyediakn video bilal
bin rabbah hasil daripada youtube untuk membantu guru
|
2
|
Akidah : Tajuk Nama malaikat dan tugas –tugas mereka
|
Pelajar sukar mengingati dan keliru tentang isi pelajaran
|
Kami menyediakan video nasyid hasil daripada youtube. Nasyid ini
berkaitan dengan malaikat dan pelajar akan mudah mengingatinya dengan lagu.
|
3
|
Akidah : Tajuk zakat fitrah
|
Muris sukar mengingati definisi dan kadar zakat fitrah
|
Kami menyediakan slide power
point yang ringkas dan padat nagi membantu guru berkaitan tajuk zakat
|
4
|
Ibadat : Tajuk wudhuk
|
Guru sukar mencari bahan bantu mengajar yang sempurna dan terperinci
|
Kami menyediakan video cara wudhu rasulullah yang sempurna dan
terperinci
|
NAMA : USTAZAH AUBAIDAH BT JAAPAR
JAWATAN : GURU PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SEPINANG
PENGALAMAN MENGAJAR : LIMA BELAS TAHUN
BAB YANG SUKAR DIAJAR : BAB SIRAH
BIL
|
BAB / TAJUK
|
MASALAH
|
PENYELESAIAN
|
1
|
Sirah : Tajuk perkahwinan nabi
|
Sukar untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran
|
Kami menyediakn satu permainan dalam bentuk slide power point supaya
dapat membantu guru mengingati pengajaran dengan mudah dan seronok.
|
GAME SIRAH from Saffura Osman
BAHAN PENGUKUHAN
LINK BAHAN PENGUKUHAN LAIN :
- http://notapispm.blogspot.com/2010/05/tamadun-islam-tingkatan-5.html
- http://www.bumigemilang.com/pendidikan-islam-spm-tingkatan-4-5-soalan-percubaan-nota-latihan-jawapan/
- http://myussoff.blogspot.com/search/label/Sirah%20dan%20Tamadun%20Islam%20T5
- http://www.slideshare.net/smktsj2/nota-pendidikan-islam-tingkatan-5
- http://www.scribd.com/doc/94845804/Nota-Pendidikan-Islam-Tingkatan-5
- http://www.mediafire.com/view/pnrxcl2b0sydmmv/t5.docx
SET INDUKSI
Set induksi ialah set bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang idea, pendekatan, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Dalam hal ini, guru perlu merancang set induksi supaya ia ada perkaitannya dengan perkara atau pelajaran yang akan dipelajari selepas itu.
Dalam melaksanakan set induksi, guru perlu memenuhi 4 komponen penting antaranya ialah menarik perhatian pelajar supaya guru menggunakan intonasi suara yang menarik, gaya pergerakan seperti isyarat tangan dan kepala. Supaya menjadi lebih menarik lagi, guru boleh menggunakan alat audio visual. Selain itu guru perlu memotivasikan pelajar seperti menggunakan teknik bersoaljawab, mengandungi unsur-unsur suspen dan menggunakan bahan yang menarik.
Guru juga perlu mahir membuat perkaitan antara isi pelajaran yang akan disampaikan dengan pengetahuan sedia ada pelajar termasuk isi pelajaran yang lepas. Akhir sekali guru juga perlu menggunakan set induksi untu membayangkan kepada pelajar berkenaan perkara dan peringkat-peringkat pengajaran dan pembelajaran bagi pelajaran yang berkesan.
Antara set induksi yang kami hasilkan :
Subscribe to:
Posts (Atom)