Wednesday, 3 December 2014

SET INDUKSI


Set induksi ialah set bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang idea, pendekatan, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Dalam hal ini, guru perlu merancang set induksi supaya ia ada perkaitannya dengan perkara atau pelajaran yang akan dipelajari selepas itu.

Dalam melaksanakan set induksi, guru perlu memenuhi 4 komponen penting antaranya ialah menarik perhatian pelajar supaya guru menggunakan intonasi suara yang menarik, gaya pergerakan seperti isyarat tangan dan kepala. Supaya menjadi lebih menarik lagi, guru boleh menggunakan alat audio visual. Selain itu guru perlu memotivasikan pelajar seperti menggunakan teknik bersoaljawab, mengandungi unsur-unsur suspen dan menggunakan bahan yang menarik.

Guru juga perlu mahir membuat perkaitan antara isi pelajaran yang akan disampaikan dengan pengetahuan sedia ada pelajar termasuk isi pelajaran yang lepas. Akhir sekali guru juga perlu menggunakan set induksi untu membayangkan kepada pelajar berkenaan perkara dan peringkat-peringkat pengajaran dan pembelajaran bagi pelajaran yang berkesan.

Antara set induksi yang kami hasilkan :

No comments:

Post a Comment